Thursday, July 3, 2008

Insentif RM1 juta kepada atlet olimpik perlu dikaji semula - anggota parlimen

03/07/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 3 Julai — Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan untuk memberikan insentif RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, bulan depan kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik termasuk melahirkan atlet materialistik, kata seorang anggota Parlimen di sini, hari ini.

Raime Unggi (BN-Tenom) berkata ganjaran besar itu juga boleh memesongkan matlamat asal penyertaan atlet dalam sukan kerana dikhuatiri atlet hanya berusaha demi mendapatkan habuan diri sendiri semata-mata.

“Matlamat asal penganjuran (acara) sukan, (termasuk) Olimpik ialah untuk melahirkan atlet yang boleh mengharumkan negara yang diwakili.

“Tetapi jika ada ganjaran yang besar, hanya akan melahirkan atlet yang materialistik dan usaha yang dibuat hanya untuk dapatkan wang, bukannya semangat demi negara,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di sini, hari ini.

- Bernama

No comments: