Thursday, July 3, 2008

Cerita 30 Jun 2008

Masuk hari ini nampaknya dah seminggu blog ini sunyi, tak ber'jenguk'. Internet di rumah ini baru disambung semula 'nyawa'nya tadi oleh ayahku. Sepanjang seminggu ni, dah macam-macam perkara terjadi. Usahkan seminggu, sehari pun apa-apa perkara yang tak dapat dijangka boleh terjadi.

Bermula pagi tadi, dikejutkan dengan SMS yang masuk dalam telefon bimbit ummi. Mesej dari Kak Shima, menyatakan dia dalam perjalanan ke hospital, kerana dah terasa sakit nak bersalin. Alhamdulillah, aku mengucap syukur, sebab kalau ikut due, dia sepatutnya bersalin pada Jumaat lepas. Ummi cakap kalau 3 hari lepas due tak 'keluar' jugak, kena pergi hospital jugak, paksa. Yela, nanti baby boleh lemas. Na'uzubillah. Abg Sham suami Kak Shima telefon, dan ummi pesan segera telefon kalau dah selamat bersalin. Namun menjelang jam 2 petang, masih tiada panggilan telefon dari Abg Sham, walaupun dah ditanya melalui SMS. Ummi dah betul-betul risau, kami yang lain pun sama. Bila telefon berbunyi, ummi segera angkat dan memang itu panggilan dari Abg Sham. Katanya Kak Shima masih menunggu, walaupun dah masuk labour room. Agaknya ramai yang nak bersalin hari ini. Akhirnya setelah lebih kurang 8 jam menunggu, Kak Shima selamat melahirkan anak lelaki sebelum Maghrib tadi. Alhamdulillah, syukur! Tetapi bukan bersalin cara biasa, kerana babynya dikeluarkan dengan vacuum. Mungkin babynya besar, atau Kak Shima tak punya tenaga yang banyak, kerana terlalu lama menunggu. Tak sempat nak tanya Abg Sham tadi. Alhamdulillah, yang penting Kak Shima dan baby selamat. Cuma Kak Shima ditahan sementara di wad. Kasihan Kak Shima. Takpe Kak Shima, nanti kitorang semua datang jenguk, mungkin esok. Kalau dekat dah lama kitorang bergegas, tapi apakan daya jauh jugak Jasin tu. Dah dapat anak buah baru! Yang ke berapa ye? (Ramainye..)

Kemudian dalam pukul 11 lebih, saya terima mesej dari satu nombor, yang menyatakan bahawa ayah kepada seorang senior saya dalam PKPIM, iaitu Khairul Anuar Musa telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Namun tak dinyatakan pula sebabnya. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Abg Khairul Anuar yang kami panggil Abg Lek, pernah menjadi murabbi ketika kami di Pusat Asasi dulu. Takziah diucapkan kepada Abg Lek sekeluarga, moga redha dan tabah. Dari ALLAH kita datang, kepada-Nya jua tempat kita kembali. Al-Fatihah.

Seterusnya, ketika sedang menonton Buletin Utama di tv 3, disiarkan pula mengenai kes Anwar Ibrahim, mengenai keselamatannya di Malaysia ini. Apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia, wallahua'lam. Semalam dalam Berita Mingguan, ada satu artikel, mengenai Dato' Najib Razak. Dalam situasi sekarang ni, saya berpendapat membaca suratkhabar sama seperti membaca buku cerita kanak-kanak. Setiap kali selak muka suratkhabar bahagian hadapan, pasti ada pertikaian atau pertikaman lidah antara menteri-menteri. Tak ubah macam kanak-kanak lagaknya. Ataupun isu ahli politik 'murtad' parti. Saya kurang mengerti. Rasanya semua ahli politik dah lari fokus. Semakin ketara.

Yang lebih menarik perhatian saya, bencana yang berlarutan di China. Banjir yang tidak surut-surut, sejak lebih sebulan dilanda bencana. Saya membayangkan kehidupan rakyatnya, terutama yang beragama Islam. Jumlah penduduk di China adalah paling ramai di dunia, iaitu hampir mencecah 1.3 bilion, dengan populasi orang Islam melebihi 30 juta orang. Bagaimana nasib saudara-saudara kita di sana? Pasti para pelajar di UIAM yang berasal dari Tanah China berasa risau dengan keadaan di negara mereka sekarang. Bumi ini sudah terlalu tua, usianya sudah beratus bilion tahun!

Selepas itu, berita kemalangan yang dahsyat di Puchong Jaya. Sebuah trailer yang gagal berhenti di simpang empat menyebabkannya melanggar 10 lagi kenderaan di hadapan, yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Apa yang menyayat hati, sebuah kereta yang diseret sejauh 50 km, terputus dua dan terperosok di bawah trailer panjang tersebut. Pemandu kenderaan terbabit yang merupakan warganegara Filipina maut. Pemandu trailer terbabit dilaporkan berusia 64 tahun. Para penunggang 4 buah motosikal yang turut terpelanting berada dalam keadaan parah.

Dalam setiap perkara yang terjadi, haruslah diingat bahawa semuanya datang dari ALLAH. Kadangkadang kita terleka atau terlalu bersedih atas apa yang berlaku, hingga tidak sedar akan ketentuan takdir.Peringatan jua buat diri ini kerana jari jemari ini yang menekan papan kekunci.

Semoga kita berada dalam landasan yang benar, landasan yang menuju je Jannah.. Aamin..

No comments: