Thursday, July 3, 2008

57 terbunuh, lebih sejuta hilang tempat tinggal banjir di Selatan China

GUANGZHOU: Banjir besar yang sedang melanda Selatan China, mengorbankan lebih 60 orang manakala 1.27 juta penduduk terpaksa menyelamatkan diri, lapor media tempatan hari ini.

Penduduk di enam wilayah dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, termasuk di Sichuan, yang masih truma akibat gempa bumi melanda baru-baru ini yang mengorbankan 70,000 orang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya 57 orang mati dan lapan lagi masih hilang akibat banjir buruk itu.

Sementara itu, hujan lebat diramal melanda bahagian selatan negara itu untuk beberapa hari lagi, kata jurucakap kaji cuaca.

"Ribut petir dijangka melanda dalam masa dua hari ini di Guangdong, Guangxi dan Fujian.

"Paras air kini 24 meter, jauh melepasi paras bahaya iaitu enam meter. Penduduk berhampiran kini sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat," katanya.

Kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Guangdong, dengan 20 orang terbunuh dan lapan lagi dilaporkan hilang.

"Seramai 5.76 juta penduduk di 17 bandar di wilayah ini terdedah kepada bahaya banjir," kata Xinhua. - AP

sumber : www.bharian.com.my, 16 Jun 2008

Harapanku..

Bunyi nada dering monotone “Mahar Cinta” telefon bimbitku mengejutkan aku yang sedang asyik mengulit buku Bahasa Melayu Lanjutan untuk peperiksaan esok hari. Pantas aku mengambilnya, dan kulihat di skrin tertera nama G.10_Nani. Terus sahaja aku tersenyum. Macam tahu-tahu je budak ni aku teringat padanya.

“Helo, assalamu’alaikum Nani,” sapaku menjawab panggilan. Nada ceria.

“ Wa’alaikumussalam, Kak Ti,” balasnya. Ada riak gembira kedengaran.

“ Nani sihat? Buat ape tu?”

“Sihat. Takde buat ape,” jawabnya.

Kemudian belum sempat aku bertanya,

“ Ni Kak Ti, haritu kan, Nani masuk hospital,” Kata-katanya itu sekali lagi mengejutkan aku.

“ Yeke, kenapa?”

“ Nani appendix, kena operate lagi sekali,”

“Oo, akak tak tahu pulak Nani ade appendix. Nape Nani tak bagitahu akk?” Memang sepanjang program sebulan yang lalu aku tak pernah tahu. Masa 3 hari tak memungkinkan aku mengenal adik-adikku dengan lebih dalam.

“ Ha’ah, dulu pernah kena operate, haritu kena operate lagi,”

“ Sekarang macam mane, dah sihat?” tanyaku. Agak risau.

“ Dah okey, tapi cutila tak sekolah. Doktor bagi cuti,” katanya.

“ Habis, Nani makan macam mane? Makan ape je?”

“ Makan bubur jela,”

“ Ni dah makan belum?”

“ Belum,”

“ La, nape tak makan lagi?”

“ Malasla Kak Ti. Nantila Nani makan. Hihihi,” katanya sambil ketawa kecil. Suara kebudak-budakan. Memang sifatnya begitu. Manja.

“ Tengok tu, kecik-kecik dah pandai diet. Nanti sakit lagi,” balasku pula, sengaja nak menyakat.

Dia hanya ketawa. Suka benar bunyinya.

“ Gelak pulak die. Hehe. Nani kat umah ke tu?”

“ Takla, kat umah kawan. Buat keje,”

“ Oo, adik-adik grup kite haritu ade ke? Ade jumpe diorang tak?”

“ Takla, diorang kat umah la. Ade jugak jumpa Faiz,” jawabnya.

Seterusnya, aku bertanya tentang pelajarannya. Nampaknya masih belum ada peningkatan. Katanya, dalam Peperiksaan Canang I yang lepas, dia hanya mendapat B untuk Matematik. Bahasa Melayu Pemahaman dapat A. Sains pula hanya dapat C. Alhamdulillah, itu dah kira bagus. Aku terus menasihatinya agar selalu membuat latihan. UPSR tak susah mane, senang sahaja nak skor. Dan aku menyuruhnya agar pergi mencari mana-mana buku Bahasa Inggeris di perpustakaan, dan menyalin perkataan-perkataan yang sukar kemudian mencari maknanya di dalam kamus. Itu pesanku pada mereka sewaktu dalam LDK bulan lepas. Sungguh aku rindu pada adik-adikku yang seramai 11 orang itu. Ramai kan? Fasilitatornya aku seorang.

Aku dipertemukan dengan adikku Nani ini, dan 10 orang lagi di Kem Kecemerlangan UPSR dan Sahsiah Diri pada 16-18 Mei yang lalu, di Masjid Jamek Jempol, Negeri Sembilan. Program ini merupakan anjuran Persatuan Pendidik Insan Negeri Sembilan (PPINS) – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jempol, yang merupakan program pertama di Daerah Jempol ini. Kem selama 3 hari ini disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Serting Ilir, SK Bandar Baru Serting dan SK Serting (F). Para peserta seramai 120 orang, dibahagikan kepada 10 kumpulan. Aku diberikan kumpulan ke-10.

Sepanjang program, aku banyak bercerita pada adik-adikku. Peringkat umur sebegitu memang perlu kita gunakan pendekatan bercerita dan juga games. Cubalah cerita tentang isu-isu yang berat, nescaya akan berkedut seribulah dahi mereka. Ataupun yang lebih ‘menyayat hati’, mereka akan terus terlena. Lalu aku pun menyuruh mereka mencari maklumat mengenai Najmil Faiz, anak watan Malaysia yang membanggakan negara atas kejayaannya membentangkan kertas kerjanya mengenai Nano Technology di Parlimen British. Istimewanya, beliau bukanlah seorang pelajar yang pintar, yang ketika zaman persekolahannya sering mendapat keputusan yang cemerlang, menjadi kesayangan guru-gurunya. Sebaliknya, kegagalan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang menjadi batu loncatan sehingga beliau menjadi orang yang hebat kini. Diharapkan adik-adik-adikku itu akan terus berusaha, tanpa mengira kegagalan yang telah dan akan mereka lalui. “Kegagalan adalah guru paling baik” untuk mengajar erti kejayaan.

Program ini mempunyai tiga matlamat utama, iaitu memberi kesedaran kepada para peserta bahawa UPSR telah hampir, memberi pendedahan kepada mereka mengenai strategi belajar yang berkesan, juga menggalakkan mereka untuk berakhlak mulia sepanjang hidup, bermula dari usia mereka sekarang. Itulah harapan guru-guru yang menghantar mereka ke program ini. Di sinilah sebenarnya peranan para fasilitator yang paling penting. Mereka berperanan menyentuh hati para peserta dengan pendekatan tersendiri, untuk menyampaikan pesanan-pesanan berharga, buat bekalan hidup. Jika difikirkan, masa selama 3 hari bukanlah satu jangka masa yang lama untuk kami merubah akhlak mereka, namun masa yang terlalu singkat ini perlu kami gunakan untuk ‘memancing’ perhatian dan ‘menjerat’ minat mereka akan peri pentingnya kejayaan dan akhlak yang mulia dalam hidup ini. Adik-adik inilah nanti yang akan mencorak masa depan negara, yang bakal membina keluarga yang diharapkan dapat melahirkan generasi yang konkrit imannya, tertumpu deria rasanya pada hal ehwal umat Islam.

Apabila menganjurkan program untuk para pelajar seusia mereka ini, kita memang tidak akan lepas dari berhadapan dengan pelbagai kerenah yang kadangkala memeningkan. Di sinilah kesabaran kita teruji. Pertimbangan perasaan dan akal yang waras, amat perlu dalam mendepani mereka. Biasalah, zaman kanak-kanak begini, memang agak sukar untuk mengawal mereka. Perlu diingat bahawa kita pernah melalui usia mereka, jadi letakkanlah diri kita dalam situasi mereka kemudian bertindaklah secara bijak. Pendekatan memarahi, mendenda dan meleteri sebenarnya bukanlah pendekatan yang terbaik walaupun inilah yang kami lakukan pada mereka. Mungkin ada ketikanya perlu, namun harus juga diingat bahawa adik-adik ini perlu dibelai jiwa mereka, agar dapat menerima segala teguran dengan hati terbuka. Apalah gunanya berhabisan beribu-ribu ringgit, kemudian sepanjang program, berperang dengan perasaan yang bercampur baur seterusnya pulang dengan berbekalkan itu juga. Amat rugi rasanya. Biarlah kita datang dengan semangat yang tinggi, kemudian pulang juga dengan semangat yang sama, dan diiringi pula dengan seribu satu kenangan manis.

Sepanjang dua hari program, telah banyak aktiviti yang dilakukan dengan modul-modul yang pelbagai. Malam pertama sahaja sudah ‘mengerikan’. Bukan apa, kami membawa mereka mengelilingi kawasan masjid dengan mata yang tertutup. Sebelum itu kami tayangkan kepada mereka slide show yang menggambarkan keadaan mayat yang diseksa di dalam kubur. Lalu bergemalah suara anak-anak yang bertasbih, bertahmid dan bertakbir di dalam kegelapan sepanjang ‘pengembaraan’ yang panjang. Aku tak dapat menahan tawa sepanjang perjalanan, kerana kulihat adik-adikku ini begitu takut. “Kak Ti, kite tak nak pergi,” kata adikku Ika sambil menangis. Kasihan pula, namun aku perlu memujuknya untuk ikut sama, untuk mendidik jiwanya agar lebih berani. Pada waktu inilah baru aku tahu ada adik-adik yang tidak tahu berzikir. Ada hikmahnya juga night walk mengelilingi masjid ini, sekurang-kurangnya mereka tahu untuk berzikir mengingati ALLAH. Itu baru kawasan masjid adik-adik, belum masuk hutan lagi. Hmm.

Akhirnya tibalah hari ketiga, hari terakhir kami para fasilitator bersama adik-adik. Para jawatankuasa program sudah tidak tahan menahan kepenatan. Maklum sahaja, apabila berprogram di masjid, kami harus sentiasa menjaga kebersihan kerana masjid itu dikunjungi orang setiap masa. Ada juga aduan kami terima mengenai ketidaksesuaian mengadakan program di situ, namun bagi kami inilah peranan masjid yang telah lama ‘dinafikan’. Tidak seperti pada zaman kegemilangan Islam dahulu yang berpusatkan masjid sebagai tempat menjalankan aktiviti. Kami agak kecewa, namun berasa gembira kerana akhirnya kami berjaya menjalankan program, sekaligus berusaha untuk mengubah perspektif masyarakat. Tasyabbahu, in lam takun mithlahu.

Untuk LDK yang terakhir, ketua fasilitator mengarahkan kami supaya meminta adik-adik menghasilkan coretan kenang-kenangan di atas kertas sebak, sebagai tanda ingatan. Kemudian, kami diminta untuk mengoyakkan kertas sebak itu. Oh, tidak! Tak sanggup rasanya aku melakukan itu di depan adik-adikku. Terbayang ‘Kasih Tercipta’ sepanjang 3 hari akan ‘Hapus’ begitu sahaja. Namun kami terpaksa melakukannya, untuk meletakkan adik-adik dalam ‘mood’ kecewa, sama seperti kecewanya ibu bapa mereka apabila hati mereka dilukai. Agenda terakhir pada hari itu adalah menemukan para peserta dengan ibu bapa masing-masing selepas Seminar Keibubapaan khusus untuk para ibu bapa.

Sebelum menemukan para peserta dengan ibu bapa masing-masing, LDK terakhir dijalankan. LDK terakhir ini lebih kepada muhasabah sepanjang 3 hari program. Apa yang penting, segala ilmu yang didapati haruslah diaplikasikan selepas ini. Aku menggunakan peluang ini untuk menyampaikan amanat terakhir, dengan harapan akan ada perubahan pada mereka walaupun sedikit. Aku tak dapat menahan perasaan saat menceritakan pada adik-adikku tentang pengorbanan ibu dan ayah. Seolah-olah aku menceritakan segala pengorbanan ummi dan ayahku. Adik-adik yang ada di hadapanku tika itu kuanggap seperti adik kandung sendiri, kerana aku juga punya adik sebaya mereka. Sama juga seperti aku berpesan kepada adikku yang di rumah.

Selepas dipertemukan dengan ibu bapa masing-masing, penceramah seminar, En. Baharin b. Saba meminta salah seorang peserta ke depan, membacakan wasiat yang telah ditulis malam tadi. Kemudian, dijemput daripada kalangan ibu bapa pula untuk membaca warkah untuk anak-anak tersayang. Perasmian penutup program disempurnakan oleh Dato’ Lilah Yasin, ADUN Daerah Jempol. Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Kepada adik-adikku Faiz, Amir, Aizat, Fizan, Ika, Nani, Aisyah, Syuhada, Ana, Hanis dan Afiqah, Kak Ti doakan kalian semua moga terus bersemangat dalam menuntut ilmu, bukan sahaja untuk cemerlang di dalam UPSR, tetapi berterusan hingga akhir hayat. Moga ALLAH membimbing adik-adik semua untuk menjadi insan bertaqwa dan menjadi kebanggaan Islam. Kak Ti hanya mampu mengetuk pintu hati adik-adik, selebihnya terpulang pada adik-adik untuk mengubah hidup masing-masing. Insya-Allah. Kak Ti mohon maaf atas segala kekurangan dan jika ada kata-kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan. Ketahuilah itu semua untuk kebaikan adik-adik semua. Moga ketemu lagi.

Cerita 30 Jun 2008

Masuk hari ini nampaknya dah seminggu blog ini sunyi, tak ber'jenguk'. Internet di rumah ini baru disambung semula 'nyawa'nya tadi oleh ayahku. Sepanjang seminggu ni, dah macam-macam perkara terjadi. Usahkan seminggu, sehari pun apa-apa perkara yang tak dapat dijangka boleh terjadi.

Bermula pagi tadi, dikejutkan dengan SMS yang masuk dalam telefon bimbit ummi. Mesej dari Kak Shima, menyatakan dia dalam perjalanan ke hospital, kerana dah terasa sakit nak bersalin. Alhamdulillah, aku mengucap syukur, sebab kalau ikut due, dia sepatutnya bersalin pada Jumaat lepas. Ummi cakap kalau 3 hari lepas due tak 'keluar' jugak, kena pergi hospital jugak, paksa. Yela, nanti baby boleh lemas. Na'uzubillah. Abg Sham suami Kak Shima telefon, dan ummi pesan segera telefon kalau dah selamat bersalin. Namun menjelang jam 2 petang, masih tiada panggilan telefon dari Abg Sham, walaupun dah ditanya melalui SMS. Ummi dah betul-betul risau, kami yang lain pun sama. Bila telefon berbunyi, ummi segera angkat dan memang itu panggilan dari Abg Sham. Katanya Kak Shima masih menunggu, walaupun dah masuk labour room. Agaknya ramai yang nak bersalin hari ini. Akhirnya setelah lebih kurang 8 jam menunggu, Kak Shima selamat melahirkan anak lelaki sebelum Maghrib tadi. Alhamdulillah, syukur! Tetapi bukan bersalin cara biasa, kerana babynya dikeluarkan dengan vacuum. Mungkin babynya besar, atau Kak Shima tak punya tenaga yang banyak, kerana terlalu lama menunggu. Tak sempat nak tanya Abg Sham tadi. Alhamdulillah, yang penting Kak Shima dan baby selamat. Cuma Kak Shima ditahan sementara di wad. Kasihan Kak Shima. Takpe Kak Shima, nanti kitorang semua datang jenguk, mungkin esok. Kalau dekat dah lama kitorang bergegas, tapi apakan daya jauh jugak Jasin tu. Dah dapat anak buah baru! Yang ke berapa ye? (Ramainye..)

Kemudian dalam pukul 11 lebih, saya terima mesej dari satu nombor, yang menyatakan bahawa ayah kepada seorang senior saya dalam PKPIM, iaitu Khairul Anuar Musa telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Namun tak dinyatakan pula sebabnya. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Abg Khairul Anuar yang kami panggil Abg Lek, pernah menjadi murabbi ketika kami di Pusat Asasi dulu. Takziah diucapkan kepada Abg Lek sekeluarga, moga redha dan tabah. Dari ALLAH kita datang, kepada-Nya jua tempat kita kembali. Al-Fatihah.

Seterusnya, ketika sedang menonton Buletin Utama di tv 3, disiarkan pula mengenai kes Anwar Ibrahim, mengenai keselamatannya di Malaysia ini. Apa nak jadi dengan kerajaan Malaysia, wallahua'lam. Semalam dalam Berita Mingguan, ada satu artikel, mengenai Dato' Najib Razak. Dalam situasi sekarang ni, saya berpendapat membaca suratkhabar sama seperti membaca buku cerita kanak-kanak. Setiap kali selak muka suratkhabar bahagian hadapan, pasti ada pertikaian atau pertikaman lidah antara menteri-menteri. Tak ubah macam kanak-kanak lagaknya. Ataupun isu ahli politik 'murtad' parti. Saya kurang mengerti. Rasanya semua ahli politik dah lari fokus. Semakin ketara.

Yang lebih menarik perhatian saya, bencana yang berlarutan di China. Banjir yang tidak surut-surut, sejak lebih sebulan dilanda bencana. Saya membayangkan kehidupan rakyatnya, terutama yang beragama Islam. Jumlah penduduk di China adalah paling ramai di dunia, iaitu hampir mencecah 1.3 bilion, dengan populasi orang Islam melebihi 30 juta orang. Bagaimana nasib saudara-saudara kita di sana? Pasti para pelajar di UIAM yang berasal dari Tanah China berasa risau dengan keadaan di negara mereka sekarang. Bumi ini sudah terlalu tua, usianya sudah beratus bilion tahun!

Selepas itu, berita kemalangan yang dahsyat di Puchong Jaya. Sebuah trailer yang gagal berhenti di simpang empat menyebabkannya melanggar 10 lagi kenderaan di hadapan, yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Apa yang menyayat hati, sebuah kereta yang diseret sejauh 50 km, terputus dua dan terperosok di bawah trailer panjang tersebut. Pemandu kenderaan terbabit yang merupakan warganegara Filipina maut. Pemandu trailer terbabit dilaporkan berusia 64 tahun. Para penunggang 4 buah motosikal yang turut terpelanting berada dalam keadaan parah.

Dalam setiap perkara yang terjadi, haruslah diingat bahawa semuanya datang dari ALLAH. Kadangkadang kita terleka atau terlalu bersedih atas apa yang berlaku, hingga tidak sedar akan ketentuan takdir.Peringatan jua buat diri ini kerana jari jemari ini yang menekan papan kekunci.

Semoga kita berada dalam landasan yang benar, landasan yang menuju je Jannah.. Aamin..

Alhamdulillah, rezeki lagi!

Alhamdulillah, dalam tahun 200 ini keluarga saya menerima dua orang 'pembawa rezeki'. Seorang (anak maksu) dilahirkan pada 16 mac 2008. Seorang lagi (anak sepupu) pada 30 Jun 2008, Isnin lepas. Kedua-duanya lelaki. Hmm.. Saya harap kedua-dua sepupu dan anak buah saya ini nanti akan menjadi ketua keluarga dan pelindung yang bertanggungjawab. Wow, jauh betul pemikiran! Hehe. Mana taknya, hidup sekarang ni susah nak cari lelaki yang betul-betul bertanggungjawab. Ada, tapi ibarat satu dalam seribu. Maaf, bukan nak provoke tapi itulah hakikatnya (kenapa aku bangkitkan hal ni ye?). Tapi apa kurangnya perempuan, bukan semuanya boleh dipercayai (erk..)

Ha, nak tunjuk sikit gambar sepupu dan anak buah baru ni.. :)




Ini anak buah saya yang ke berapa belas ntah. Ramainya anak buahku, adela dalam 20 orang kalau kira! Yang ni anak Kak Shima, sepupu yang paling rapat sejak kecik lagi, juga anak buah yang paling baik dengan ummi. Selalu main kejar-kejar dulu. Sampaikan ada parut di dahi saya belah kiri, kesan jahitan sebab jatuh kena bucu tangga. Sedap! Jatuh tu sebab dia la yang kejar. Ini supposely anak dia yang ke-4, tapi sebab yang ketiga dulu meninggal akibat komplikasi hati. Akhirnya dapat jugak pengganti.. Katenye nak namakan Mohd Azib Hilman. Comeynye anak buah mak long! Lahir dengan cara vacuum, then sekarang ni kena jaundis (kuning) pula. Kena tahan lagi kat nursery, dok bawah lampu. Macam mak longnye dulu gak. Mak long dulu lagi teruk! :) Syafahullahu syifaan 'aajilan wala yughadiru ba'daha saqaamah.. Nanti kite jumpe lagi eh.. Hm, baru dapat mesej, keluar hospital hari ini.




Budak kecik sorang ni pulak namanye Mohd Azhan Danish. Dah tembam betul sekarang. Dah nak masuk 4 bulan. Anak maksu (adik ayah) yang ke 4. Semua 'Hero'. Hajatnye nak dapat baby girl kali ni, tapi dah Allah bagi boy, terima juga. Jangan nakal-nakal tau!

Saya terbayangkan masa depan kedua-dua anak kecil ini. Kalau sekarang ini zaman yang cukup moden, zaman mereka nanti lagi lah. Tapi itupun kalau Bumi ini masih wujud. Hm. Masih berbicara soal yang sama. sekarang ni kalau boleh, semua perkara saya nak kaitkan dengan Bumi yang sudah tua. Sekarang ini di Malaysia, peluang pendidikan sudah tersedia dengan cukup baik, walaupun ada kekurangan, mungkin dari segi silibus dan sistem pengajarannya. Bagaimana pula di zaman mereka nanti? Semoga kadua-dua anak kecil ini akan membesar dengan didikan agama yang sempurna, dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Yang paling penting doa saya, agar mereka dapat menjadi agen perubah masyarakat! Aamin..

وعن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :( كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصّرانه أو يمجّسانه ) متفق عليه

Insentif RM1 juta kepada atlet olimpik perlu dikaji semula - anggota parlimen

03/07/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 3 Julai — Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan untuk memberikan insentif RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, bulan depan kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik termasuk melahirkan atlet materialistik, kata seorang anggota Parlimen di sini, hari ini.

Raime Unggi (BN-Tenom) berkata ganjaran besar itu juga boleh memesongkan matlamat asal penyertaan atlet dalam sukan kerana dikhuatiri atlet hanya berusaha demi mendapatkan habuan diri sendiri semata-mata.

“Matlamat asal penganjuran (acara) sukan, (termasuk) Olimpik ialah untuk melahirkan atlet yang boleh mengharumkan negara yang diwakili.

“Tetapi jika ada ganjaran yang besar, hanya akan melahirkan atlet yang materialistik dan usaha yang dibuat hanya untuk dapatkan wang, bukannya semangat demi negara,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di sini, hari ini.

- Bernama