Thursday, July 3, 2008

57 terbunuh, lebih sejuta hilang tempat tinggal banjir di Selatan China

GUANGZHOU: Banjir besar yang sedang melanda Selatan China, mengorbankan lebih 60 orang manakala 1.27 juta penduduk terpaksa menyelamatkan diri, lapor media tempatan hari ini.

Penduduk di enam wilayah dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, termasuk di Sichuan, yang masih truma akibat gempa bumi melanda baru-baru ini yang mengorbankan 70,000 orang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya 57 orang mati dan lapan lagi masih hilang akibat banjir buruk itu.

Sementara itu, hujan lebat diramal melanda bahagian selatan negara itu untuk beberapa hari lagi, kata jurucakap kaji cuaca.

"Ribut petir dijangka melanda dalam masa dua hari ini di Guangdong, Guangxi dan Fujian.

"Paras air kini 24 meter, jauh melepasi paras bahaya iaitu enam meter. Penduduk berhampiran kini sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat," katanya.

Kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Guangdong, dengan 20 orang terbunuh dan lapan lagi dilaporkan hilang.

"Seramai 5.76 juta penduduk di 17 bandar di wilayah ini terdedah kepada bahaya banjir," kata Xinhua. - AP

sumber : www.bharian.com.my, 16 Jun 2008

1 comment:

Sarif Husin said...

salm kenal, mari kita saling mengunjungi blog agar bertambah amal dan riskinya